Tuesday, May 4, 2010

Cintamu Natrah



Duka tidak tertahan
tangis tidak terhenti
resah tidak menjanjikan
bahgia nan abadi

Sinar di hujung mimpi
mentari terus menyepi
mengharap suatu yang tak pasti
terhimpunlah pasrah dihati

Aduhai Natrah, kau menyedarkan kami
Aduhai Natrah, kau satukan jiwa kami
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
tapi dirimu terpenjara
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
sedang kami bebas merdeka
Moga yang ada kini
tak diulit mimpi lagi
Moga yang ada kini
tidak lagi menyepi

Kini kau telah pergi
tidak akan kembali lagi
derita dan lara cintamu
memahat kenangan sedih.

Puisi: Fatini & Ahmad

Lagu: Ahmad Ramli

13 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, Datin yang dihargai.
    Saya akan terus berkarya setelah merasa begitu selesa dengan kehadiran Datin bersama dalam menghasilkan puisi Cintaku Natrah. Semoga usaha bersama ini dapat diteruskan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam.
    Terima kasih kerana memberikan latar belakang yang begitu panjang lebar tentang penciptaan lagu Cintamu Natrah. Memang benar sejarahnya
    demikian... dan lagu Cintamu Natrah memang memiliki sentuhan ciptaan dan alunan penyanyi yang menusuk kalbu sehingga siapa yang mendengarnya pasti mencari buku Natrah tu ... selamat berkarya dan terus semarakkan bumi dgn ciptaan indah sdr ..

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada saudara atas penyediaan medan dan blog ini...saya adalah salah seorang peminat setia lagu2 puisi saudara terutama sekali "Katakan Padaku"...saya ingin mendapatkan koleksi CD saudara macamana caranya?

    ReplyDelete
  6. Salam.

    akhirnya saya dapat juga lirik penuh Lagu Natrah ini. Malam tadi saya dengar sendiri di Rumah PENA, bila Datin menyanyikan lagu ini bersama anak2 beliau. Terimakasih DATIN.. Puas hati saya dapat tunggu Datin sehingga akhir lagu...

    Terimakasih. Izinkan saya menyimpan lagu ini di blog saya. Saya suka...

    ReplyDelete
  7. asalamuallaikum...saya salah seorg peminat, pernah memiliki kaset album encik ahmad bertajuk 'Puisi Kekasih'..tapi syg nya tidak ada CD. saya cuba mncari2 di youtube, juga hampa. tidak kah encik ahmad mau merakam nya semula...smpai skrang saya masih mnyimpan cover kaset trsebut...selamat maju jaya..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, Cikgu Ramli.
    Mungkin cikgu dah tak ingat sangat saya, tapi saya (dan pasti, ramai lagi yang lain) ingat amat akan cikgu.

    Saya, dan rakan-rakan lain seperti Naz Azame, Natasya, Tuty, Rina, Yusof dan ramai lagi, adalah rakan seperjuangan bersama anak-anak cikgu, di bawah Pakcik Jamal untuk rancangan kanak-kanak di RTM sekitar 1992-1993 (di Dewan Sri Pinang & Istana Negara). Terjumpa blog cikgu secara amat tak sengaja.

    Harap belum terlewat - terima kasih atas segalanya, cikgu. Jangan tak percaya, lagu² cikgu tu saya masih ingat hingga kini. ;)

    Terima kasih, cikgu.

    HAZARIL FIRDAUS ALI

    ReplyDelete
  9. Ya ka. terima kasih kerana masih ingat saya. Ya, kenangan bersama masih diingat....semoga dapat bersua kembali...sekarang mungkin berbeza ...dah dewasa katakan..

    ReplyDelete
  10. saya tercari2 koleksi lagu ahmad ramli, tapi susah nak dapat. mana boleh cari?

    ReplyDelete
  11. Tuan Ahmad Ramli, bagaimana saya boleh daptkan lagu Padamu Jua nyanyian tuan, puisi Amir Hamzah?

    ReplyDelete
  12. Saya pernah memiliki cd lagu puisi tuan tetapi dipinjam sahabat sampai sekarang tak kembali lagi.

    ReplyDelete
  13. Satu gubahan lagu puisi yg sgt menarik. Teruskn usaha murni ini. Mohon gerakkan pelajar utk meminati karya2 sasterawan negara. Rata2 kurang berminat dlm menyanyikn lagu2 puisi...sedangkn potensi dlm industri seni sangat luas.

    ReplyDelete