Pelancaran Album Puisi Terbaru

Rancangan sedang dibuat untuk pelancaran Album Puisi terbaru. Oleh kerana banyak lagu yang telah tersimpan lama, maka penerbitan serta pelancarannya adalah bagi 3 album secara serentak: Dua album Ahmad Ramli dengan lalgu-lagu puisi terbaru dan satu album puisi keroncong bersama Sani Sudin.
Ia djangka akan dilancarkan di USM dengan kerjasama USM dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada awal 2012. Walaupun rancangan awalnya adalah pada akhir tahun 2011, masih ada halangan kecil dalam kelancaran penerbitan album-album ini. Mudah-mudah akan menjadi nyata jua akhirnya nanti InsyaAllah. Penerbitan ini mendapat perhatian yang baik dari penyair terlibat seperti Dato' A Samad Said, Rahman Shaari, A Rahim Abdullah, Dato' Hashim Yaacob, Salmiah Ismail dan lain-lain termasuk Persatuan Penulis Pulau Pinang.