Dari mana datang rasa kasih sayang
dari mata ke hati lalu dikenang
kerana budi menjadi tunangan
sumpah setia disaksikan bintang
bercerai mati batasnya didunia sayang
diakhirat kita berjumpa pula.
Mengapa hatiku selalu rindu dendam
kerna kekasih tak jumpa seharian
tidur tak nyenyak wajahmu terbayang sayang
air setitik tak dapat ku telan
hendak bergurau di manakah kawan sayang
hanya lah guling dan bantal bersulam,
aduhai sayang serunai malam.
Wednesday, June 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment