Monday, December 28, 2009

Puisi: Siapakah?


Siapakah yang bisa menerka sesuatu yang tak terteka
maka itu panduan bertindak hanyalah firasat
yang sering bisa silap atau pun pengalaman masa lalu yang sering kabur dan keliru
siapakah yang mesti disesali jika tebu jadi teberau dan musim tengkujuh jadi kemarau
dalam kedaifan merancang masa depan yang hendak dijangkau dalam ratap dalam silap masa silam yang TERLAMPAU.

2 comments:

  1. Ya ke semua sedih? Ada juga yang relax. Macam "Pada Waktu-waktunya", "Menunggu Pertemuan", "Monolog Arjuna", tak sedih kan.
    Lagi pun, dah banyak sangat lagu untuk buat orang gembira, senyum. Lagu saja sedih, saya bukan penyedih pun. Kalau nak tahu, boleh berkawan dengan saya, dalam komunikasi, kita dapat rasa sedih ke tak. Tapi Datin, kesedihan selalu nya akan diiringi dengan air mata. Air mata pula boleh melembutkan serta memujuk hati. Datin biasa alami tak, terlalu gembira hingga keluar air mata....yang tu macam mana?
    Atas permintaan orang macam Datin ni, saya akan cuba buat lagu yang ceria, terkejut pula nanti. Peminat pula tanya, betul ke ni Ahmad Ramli yang nyanyi. hahahah

    ReplyDelete
  2. Salam saudara ahmad ramli. Saya beli kaset puisi kekasih ni selepas diterbitkan lama dulu. Skrg kaset tu sudah rosak. Di mana saya blh dptkan album ini semula dlm bentuk cd krn tidak terjual di sekitar kota bharu

    ReplyDelete