Thursday, August 27, 2009

Salam Puisi



Salam sejahtera dan salam puisi. Walaupun sudah lama saya tidak merakamkan lagu - lagu puisi untuk di albumkan, saya masih aktif berkarya dan kerap menerima undangan di seluruh negara. Terkini, saya baru selesai merakamkan klip video untuk sebuah rancangan terbitan tv tempatan yang dibuat khusus untuk Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said. Saya menyanyikan dua buah lagu puisi Pak Samad iaitu sebuah lagu baru "Kita Ini Tetamu Senja" dan "Menambat Rakit" dari album saya. Walaupun lagu menambat rakit dirakamkan 13 tahun yang lalu, namun ianya masih diminati sehingga kini. Terima kasih kepada peminat - peminat lagu puisi yang terus memberikan sokongan kepada saya.

Empat klip video yang lain juga telah selesai dibuat pengambaran di Kuala Lumpur untuk Muzik Aktif saluran Astro dengan lagu-lagu puisi ; Katakan Padaku, Padamu Jua, Monolog Arjuna dan Aku Mencari Damai Abadi. Semoga akan terhibur semua peminat sekalian.


Ahmad Ramli


5 comments:

  1. Saya sedang berusaha mencari rakaman pertama Tuan (Puisi Untuk Kekasih kalau tak silap). Boleh tak Tuan hubungi saya sekiranya dapat buatkan satu rakaman untuk saya. No. H/P saya 019-4162096 (Fauzi)

    ReplyDelete
  2. salam di mana saya boleh dapatkan album anda. lagu anda di mainkan di maktab perguruan tuanku bainun.

    ReplyDelete
  3. salam, macma mana nak dapatkan cd album puisi tuan? saya memang meminati semua lagu2 dalam album puisi kekasih..

    ReplyDelete
  4. Salam.saya nak dapatkan kembali album saudara. dkt kedai kaset ada jual ke? kali terakhir saya dengar lagu2 saudara tu masa kat maktab sekitar tahun 1996.

    ReplyDelete
  5. saya amat menggemari lagu2 puisi dendangan tuan. merdu alunan musik serta suara amat mendamaikan perasaan. terima kasih

    ReplyDelete