Dari mana datang rasa kasih sayang
dari mata ke hati lalu dikenang
kerana budi menjadi tunangan
sumpah setia disaksikan bintang
bercerai mati batasnya didunia sayang
diakhirat kita berjumpa pula.
Mengapa hatiku selalu rindu dendam
kerna kekasih tak jumpa seharian
tidur tak nyenyak wajahmu terbayang sayang
air setitik tak dapat ku telan
hendak bergurau di manakah kawan sayang
hanya lah guling dan bantal bersulam,
aduhai sayang serunai malam.
Wednesday, June 29, 2011
Pohon
Sebatang pohon kerdil
ku baja dengan air perasaan
tapi tak dapat kulindungi dari matahari
maka kontang oleh kenyataan
daunnya merontok,
kelmarin pagi pohon menguning
hanya sehelai dua masih rapuh di ranting.
Tetapi aku tahu
tak semua pohon akan merimbun
atau berani hidup
di bawah matahari.
ku baja dengan air perasaan
tapi tak dapat kulindungi dari matahari
maka kontang oleh kenyataan
daunnya merontok,
kelmarin pagi pohon menguning
hanya sehelai dua masih rapuh di ranting.
Tetapi aku tahu
tak semua pohon akan merimbun
atau berani hidup
di bawah matahari.
Thursday, May 19, 2011
Kasih Pilihan
Kan ku kirim di angin lalukasih suci untuk mu sayang
semoga kau sejahtera
hadapi ujian dari Ilahi
kan ku pesan di ombak senja
bawalah harapan hamba
bersabar dan tenang selalu
sungguh kaulah pilhanNya
Tidak pernah kau lukai hatiku
sejak dulu hingga kini
kau turut pesananku
membuktikan kasih dan sayangmu
Andainya dugaan ini
tanda kasih Maha Pencipta
ku redhai hidupmu
dari dunia hingga ke akhirnya
Tuesday, May 4, 2010
Cintamu Natrah

Duka tidak tertahan
tangis tidak terhenti
resah tidak menjanjikan
bahgia nan abadi
Sinar di hujung mimpi
mentari terus menyepi
mengharap suatu yang tak pasti
terhimpunlah pasrah dihati
Aduhai Natrah, kau menyedarkan kami
Aduhai Natrah, kau satukan jiwa kami
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
tapi dirimu terpenjara
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
sedang kami bebas merdeka
Moga yang ada kini
tak diulit mimpi lagi
Moga yang ada kini
tidak lagi menyepi
Kini kau telah pergi
tidak akan kembali lagi
derita dan lara cintamu
memahat kenangan sedih.
Puisi: Fatini & Ahmad
Lagu: Ahmad Ramli
Monday, December 28, 2009
Lagu puisi terakam tetapi belum dialbumkan

· Aku Mencari Damai Abadi – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
· Hari Menuai – Amir Hamzah
· Sajak Untuk Pon Mariam (Johan sayembara lagu Puisi 1998 DBP)– Kemala
· Pasca Merdeka – Gunawan Mahmud
· Kita – Salmiah Ismail
· Salamku – Salmiah Ismail
· Di Sudut Sukma – A Rahim Abdullah
· Lapar dan Cinta – Rahman Shaari
· Aku Hanya Mahu Ke Seberang- Hashim Yaakob
· Kesepian – Rejab FI
· Dalam Pengadilan – Jihaty Abadi
· Mendamba Damai – Redzuan Kamis
· Merpati Putih
· Demi Selaut Darah
· Pohon – Muhamad Haji Salleh
· Tsunami – Lim Swee Tin
· Pada Ketetapan Ini – Zurina Hassan
· Anak Pinggiran – Zaki Ghazali
· Terima Kasih Perdana Menteri(khusus untuk Dato'Sri Dr.Mahathir)-Ahmad Ramli
· Hari Menuai – Amir Hamzah
· Sajak Untuk Pon Mariam (Johan sayembara lagu Puisi 1998 DBP)– Kemala
· Pasca Merdeka – Gunawan Mahmud
· Kita – Salmiah Ismail
· Salamku – Salmiah Ismail
· Di Sudut Sukma – A Rahim Abdullah
· Lapar dan Cinta – Rahman Shaari
· Aku Hanya Mahu Ke Seberang- Hashim Yaakob
· Kesepian – Rejab FI
· Dalam Pengadilan – Jihaty Abadi
· Mendamba Damai – Redzuan Kamis
· Merpati Putih
· Demi Selaut Darah
· Pohon – Muhamad Haji Salleh
· Tsunami – Lim Swee Tin
· Pada Ketetapan Ini – Zurina Hassan
· Anak Pinggiran – Zaki Ghazali
· Terima Kasih Perdana Menteri(khusus untuk Dato'Sri Dr.Mahathir)-Ahmad Ramli
. Perjalanan Roh- Sabda S
. Terima Kasih Tuan(khusus untuk Tun Razak)-Olahan Ahmad Ramli dari Puisi Firdaus Abdullah
Puisi: Menunggu Pertemuan
Puisi: Siapakah?
Siapakah yang bisa menerka sesuatu yang tak terteka
maka itu panduan bertindak hanyalah firasat
maka itu panduan bertindak hanyalah firasat
yang sering bisa silap atau pun pengalaman masa lalu yang sering kabur dan keliru
siapakah yang mesti disesali jika tebu jadi teberau dan musim tengkujuh jadi kemarau
dalam kedaifan merancang masa depan yang hendak dijangkau dalam ratap dalam silap masa silam yang TERLAMPAU.
Subscribe to:
Posts (Atom)

